Kerjaya Raqib Majid

Pada tahun 2011, Raqib terpilih sebagai salah seorang daripada 12 peserta Akademi Fantasia musim ke-9 yang turut disertai oleh Amir Jahari dan Ayda Jebat, beliau tersingkir selepas mara selama lima minggu.

Pada tahun 2013, beliau berkolaborasi bersama kumpulan nasyid UNIC menerusi lagu "Bintang Syurga". Album pertamanya, Luahan Rasa dikeluarkan pada 2014 di bawah label UNIC dotmyPRO di mana beliau turut menyumbangkan 3 lagu ciptaannya.[4]

Beliau juga mengacarakan rancangan travelog Pasport Ziarah yang bersiaran di TV AlHijrah. Raqib juga ialah salah seorang penyampai radio Zayan, stesen radio keislaman yang dikendalikan oleh Astro Radio.